Sunday 8 May 2011

KETAHUI AKTA BAFIA, AMLA DAN SKIM CEPAT KAYA.

APA YANG ANDA PERLU TAHU ?

Sejak akhir-akhir ini terlalu banyak syarikat menjalankan suatu perniagaan yang mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit dengan memperdayakan orang ramai atas nama perniagaan tanpa perlu bekerja. Sekadar menjadi ahli dan melabur dalam projek/perniagaan syarikat.

Setelah melabur dan mendapat sedikit pulangan, syarikat tiba-tiba telah ditahan dan disiasat dan akhirnya didakwa di bawah akta BAFIA dan AMLA.


APA ITU BAFIA?

BAFIA atau Bank & Financial Act atau Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 menjelaskan sekiranya sesebuah syarikat hendak mengambil deposit dari orang ramai, syarikat tersebut perlu mempunyai lesen di bawah seksyen 6 (4) BAFIA. Seterusnya pertimbangan akan di buat dan di beri syor oleh menteri kewangan dan selanjutnya akan di beri kelulusan untuk pengeluaran lesen dengan atau tanpa syarat atau menolak pengeluaran lesen tersebut.


BAGAIMANA PULA AMLA?

AMLA atau Anti Money Laundering Act atau Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 menjelaskan adalah menjadi satu kesalahan dan syarikat boleh didakwa apabila mengambil deposit sehingga menjadi satu jumlah yang banyak tanpa ada perniagaan yang khusus dan meragukan.

Dua perkara di atas  sudah cukup untuk mendakwa syarikat atas skim pelaburan atau skim cepat kaya. Yang menjadi mangsa adalah para pelabur, ahli atau rakan kongsi yang tidak tahu langsung bahawa mereka di tipu. Kebiasaannya para pelabur, ahli atau rakan kongsi akan berputih mata dan hilang hala tuju bagaimana untuk mendapat kembali wang mereka. Khuatir untuk mengambil tindakan undang-undang atas kos yang tinggi yang mencecah beribu-ribu ringgit. Memikirkan  wang yang dibekukan BNM tidak akan dapat semula maka mereka berdiam diri. Sebenarnya ada jalan penyelesaian.

Ambil contoh kes Fx Consultant di mana pada 13 April 2011 seramai 600 ahli Fx Consultant telah berjaya dalam tuntutan mereka di mahkamah dalam tuntutan RM8.2 juta.


BULOH EMAS- Anda Bagaimana?

Anda yang menjadi pelabur, ahli, atau rakan kongsi boleh berhubung dengan saya untuk penerangan yang lebih lanjut. Hak anda jangan di sia-siakan. Tidak kira apa skim cepat kaya yang anda telah masuki dan syarikat tersebut telah didakwa dan wang syarikat/asset dibekukan oleh BNM, anda berhak menuntut melalui saluran undang-undang.